♥SaRaNghaEy0 ♥ Headline Animator

Tuesday, March 27, 2012

aina anta 'coklat' ?

Salam and greetings to all ..

Dengan tidak semena-menanya, tiada ribut, tiada guruh, tetiba terdetik di hati nurani saya, aina anta 'coklat'? 
Mungkin, dan saya sangat pasti, apakah rasional di sebalik entry ini ? Mungkin juga yang tertanya-tanya, apakah maksudnya? jeng3... bajet surprise !!
Actually persoalan ini timbul kerana saya terbaca berita Irma hasmie yang dah bertunang. saya terjumpa dengan kak Irma waktu saya menunaikan umrah Februari lalu. Saya tak sangka boleh terjumpa dan saya boleh  bercakap macam tu je dengan kak Irma . Kak Irma yang sentiasa senyum.. walau dengan siapa sahaja . unbelieveable, bila saya satu hotel dengan Kak Irma. 
Now, tup-tup kak Irma dah bertunang.. perkenalan yang sangat singkat, sewaktu menunaikan umrah. Itu la jodoh. Allah dah tetapkan semuanya.. tapi, kadang-kadang terdetik jugak di hati saya, siapakah 'dia'? :)
'Dia' yang entah di mana. aina anta? terbaik punya soalan..
tapi, saya suka kalau saya dapat kenal 'dia' macam kak Irma. so sweet .. ehhemmmm..
tapi, mungkin kah?
Persoalan yang saya rasa, tak tau bagaimanakah jawapan yang paling sesuai untuk di berikan . haha ..
'dia' yang saya gelarkan sebagai coklat. why chocolate? because, saya suka coklat. okey tiada kaitan . Sebenarnya dah terkena virus Vanilla Coklat. Drama yang best . 

Buat masa sekarang, jawapan saya ialah, aina anta coklat? jawapan yang dijawab dengan pertanyaan.
kak Irma & kak Ann di Masjidil Haram.

p/s: coklat oh coklat. Chocolate Itu Sedap .
++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Monday, March 26, 2012

Ujian Itu ..

Salam and greetings to all .

Lama sudah saya tidak berhikayat di sini . Bukan apa , masa yang tidak mengizinkan , tambahan lagi , internet connection tak berapa nak connect sangat . Ini bukan blogger sejati namanya .
Sudah 3 minggu berlalu semenjak bukanya semester baru di UiTM ni and this is my last semester here . InsyaAllah if Allah will . Jadual kelas sangat padat (padat ke?) . Hari-hari ada kelas . Biasa la tu ... Nama pun student kan ? 


Back to the topic . 3 minggu belajar , 2 minggu saya tak berapa nak sihat . Batuk + selsema . kadang-kadang badan terasa nak demam .  yes ! sangat terbaik. Oppssss.... !! Itu ujian namanya . Ujian supaya sentiasa mensyukuri nikmat sihat . SIHAT , satu anugerah Allah yang sangat tak ternilai . Namun , yang selalu terjadi , apabila sihat , Pencipta yang memberi nikmat sihat akan di lupakan . Bila sakit , Pencipta yang Maha Agung la yang dicari . Ya ! itulah yang selalunya berlaku .

Sebenarnya , sakit itu petanda yang Allah Maha Penyayang . Allah ingin menguji hambaNYA supaya sentiasa mengingati Nya . Think positive . Bila sakit , sebenarnya , dosa-dosa kecil akan dihapuskan , walaupun sedikit nikmat di tarik balik . Yes ! I talk about nikmat sihat! Syukurlah .. syukurlah walau kita di uji dengan kesakitan . Kerana dengan kesakitan , dosa - dosa kita juga di hapuskan . Betapa Maha Penyayangnya DIA Yang Maha Agung . 

Kesimpulannya, besyukurlah dengan setiap apa yang di kurniakan . Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya . Bersyukurlah dengan ujian yang diberikan .

"Kadang-kadang Allah hilangkan mentari, Dia datangkan kilat dan guruh, puas kita menangis bertanya mana perginya matahari, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi."

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

p/s: sakit .. tapi tak reti-reti nak makan ubat . *sigh* 


  ++~ gambatte!!~++ ♥♥♥