♥SaRaNghaEy0 ♥ Headline Animator

Showing posts with label mEmoIRs... Show all posts
Showing posts with label mEmoIRs... Show all posts

Saturday, May 18, 2013

♥ cerita pada suatu masa dahulu ~ ♥

Assalamualaikum and greetings to all ..

Sekarang musim konvo bagi student UiTM . Ramai geng2 UiTM  konvo utk yg ke 78 ni . Macam2 pesen gambar ada .
Aku ?

Jjang~  my convocation date dh lepas  la.. Dec 2012 . Excited tuu dapat konvo on time . macam tak percaya pun ada .. papepun, alhamdulillah ..

teruja bila naik pentas & Dato' VC wish , "Zahidah , Tahniah .. " hehe .. padahal , orang lain pn Dato' VC wish mcm tu jgk .. OK , itu menandakan VC gembira . yg spoil just my shoes , ters'comot' sikit , pasal time tu baru lepas hujan , daku berlari-lari dari booth gambar (tumpang letak barang kat booth member punya pasal .. biasalah , nama pun perantau :) ) ke tangga arah stadium dari DATC gara-gara my jubah konvo dok kt tgn orang . * padanla , pasal xdtg ambik jubah konvo kan kan kan .. kena bersusah payah la sikit .. * :)

then , kelibut pakai jubah konvo . nasib baik ada Aqida , tukang pakaikan aku segala benda dari jubah ke mortar ke apa-ntah-namanya-itu ke etc etc .. pastu kelibut cari family nk bg kad segala benda dalam beg purple itu then berlari-lari ke dewan sbb org lain dh lama masuk ..aku je yg kt luar lagi . huuh.. semput + panas + xselesa sgala macam .. ghupenye , sume dok beratur tepi dewan , beratur ikut nombor giliran pasai nanti senang pihak pengurusan nak urus .. Ramai nya manusia .. barisan panjang sampai ke mana aku pun taktau .. :) tp, takdela sampai melimpah ke luar dewan ..

Nasib baik sesi pagi . :)

dh keluar dr DATC time ni . org ramai bersesak-sesak . 

Then , it's done .. Keluar dewan dalam  12++ tghari . Bersesak-sesak keluar dari DATC . Dengan bersusah payah , jumpa jugak dgn umi , abah n my sis . mereka je yg dtg . Yg special tu sbb my sis dpt naik flight . Tu je tujuan umi bawak my sis dtg sama . My family dtg a day before event , stay kt rumah paksu kt Cheras Selangor. tapi cerita aku lain sikit . apakah ?

.
.
.

My story ..
Sebenarnya , aku smpai awal 3 hari . Alasan ? saje ~  *plan awal nk jumpa diorang-diorang ? who ? my friends ... konon je la.. sudahnya , sume keje , so , aku bertapa kat rumah kak Nisa.. join promote kt photo booth  Ruzai . At least ade keje jgk  kan :) *  Malam before-before konvo , aku menyinggah ke rumah kak Darma , sebab ? nk jln2 je .. tgk rumah diorang . perjalanan dr Shah Alam ke Cheras KL tu yg mencabar minda sikit . bayangkan .. perempuan . sorang2 .. waktu malam . naik KTM then turun KL Sentral . tukar train n etc etc .. pkul 9++ gerak , tgh malam pukul 12 baru sampai .. gler adventure dgn  orang tak berapa nk ade kt dlm train .. ble dh sampai xtau arah tujuan .. jakun kot , first time sampai  situ.. Tawakkal je time tu .. tambah lg anjing2 sedang galak bersahut-sahutan , meremang jugak bulu roma~

and the rest is history ~

Mereka sumber inspirasi :)
Lepas dah kat luar dewan , first , opkos cari kaum kerabat dulu .. semua orang buat begitu kot :) .. then , berfotografi dgn sahabat seperjuangan .. tapi sekejap cuma bcoz berkejar nk hantar jubah bagai  sbb tket flight malam tu jgk . Gara-gara esoknya aku ada kelas . Yes , I'm still a student . kali ni UPSI pulak .. hee .. 

Berlari berkejaran .. itu memori terindah . Tunggu konvo next year pulak . InsyaALLAH . 

p/s: xde motif pun . sesaje nk berkongsi . 
Bear itu namanya  C-NU . thanks K.Alia . 

++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Wednesday, April 24, 2013

CERPEN : Darul Taqwa

Assalamualaikum and greetings to all ..
fuhhhh ... *tiup sawang* . 
Haa.. dh clear dh . hee..boleh la tulis something .

Ok-ok back to normal ... Today I want to share a cerpen , a.k.a cerita pendek . Actually cter ni aku baca time secondary school dulu , around 2003-2007 . Tak ingat dh specific timenya bile .. lupa ingatan sudah ~ lalala..

Just enjoy the cerita . Ada mesej tersirat yang tak mampu aku katakan . pikir-pikirla ea .. peace yawww~

_________________________________________________________________________________


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? 

Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. 

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." 

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. 

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. 

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang canggih. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. 

Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka..." 

Ah, di mana aku sekarang ini?" gerutu hati Datuk Dr. Johar. 

"Hoi budak, Aku dimana sekarang?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya; teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. 

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Lekir putih. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 

"Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitik beratkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali," kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. 

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku? 

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh. 

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. 

"Oh, oh... maafkan kami pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu?" Tanya pegawai itu pula. 

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Proton Lekir yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. 

Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. 

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni." 

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti di Darul Taqwa ini." 

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. 

"Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. 

Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. 

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." 

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. 

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan akhirat..." 

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. 

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih. Tolonglah tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di akhirat!" rayu lelaki itu. 

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : 

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" 

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. 

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." 

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." 

Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. 

"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!" 

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad ,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih. 

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." 

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu." keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya. 

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!"ujarnya kepada pelayan. 

"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. 

"Ya! Apa peliknya?", 

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. 

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. 

"Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!" Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. 

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. 

Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. 

"Ya Allah, apa musibah yang menimpa saya Subuh tadi. Saya masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh," ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. 

"Awak tak cuba tampung dengan amal kebajikan yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. 

Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. 

"Saya nak sedekahkan lima ribu ringgit.. malang nasib saya.. saya tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah saya," keluhnya." 

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita," keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi. 

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. 

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. 

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan... berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan," kata pelayan itu lagi. 


"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah
campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan
makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini?" leternya perlahan-lahan. 

"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya.." 

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati?" tanyanya. 

"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma." 

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. 

Dalam skrin timbul tajuk besar - KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAHPENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA. 

Oh...Oh... seram sejuk tubuhnya. 


Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi,"
protes hati Datuk Dr. Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. 

Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. 

"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." 


"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing
itu.

"Eh.. ni suara orang mengaji," 

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. 

Kemudian getaran suara bergema : 


"Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci
Inilah getaran hatiku memburu cinta
stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. 

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah..." 


Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata, "Saya bayar dengan kad kredit
saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." 

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." 

"Darul Taqwa tak ada pencuri, Tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." 

"Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH." Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan bersert anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. 

"Isy,meluatnya!" 

Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. 


"Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?" Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan
dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk!" 

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. 

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar. 

"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..." 

"Habis, mereka mahu apa?" 

"Mereka mahu Islam, Datuk!" 

"Islam?" keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya. 

_____________________________________________________________________

Sekian .

p/s : Cerita ni aku cedok kt IluvIslam . Kt Penulisan2u pn ada jugak . Xtau la hasil cerita sape sebenarnya ni . For sure , tarikh I baca cter ni, lg lama dari tarikh cter ni terpampan di laman-laman tersebut. 
kredit to the owner . I tukang share je . -peace-

++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Sunday, June 17, 2012

zAmaN beRzAmaN . d(~_~)b

Salam and greetings to all..

I've done reading Life Crisis: Pattern Perjalanan hidup by Mr. K . Sangat bermakna dan sangat kena dengan semua orang . Well same goes to me . =) . Now I'm at Uni stage , which will come to the end for almost a month . InsyaAllah .. Then , the stage will move and move until it end .. The end which I don't know when .. Hope for a better end . 

Bila difikir-fikirkan , sekarang ni pun dah zaman ramai kawan-kawan yang berkahwin dan bertunag . schoolmate dah ada yang kahwin . Dah dapat anak pun ada . Aigoo .. (~_~) . Me ? I don't know when .. Just wait and see .. =) . 

Zaman pekerjaan which I will enter so soon .. Kerja apakah aku ini ? I still can't predict the future , and I'm afraid to face the future . What am I for the future ? Where am I going for my future ? It still blur .. 
waa.. My FYP still in progress . That is the big reason why .. 

Then , the peliks thing will come to my life .. the day that all my friends will go to their own path , continue their own journey . and I'm alone in my path . but, truly, I'm not alone . HE always be with me . =) senyum je mampu .  zaman di mana semua dah ada family sendiri , komitmen sendiri , mungkin zaman tu , dah tak sempat fikir nak hang out segala .. zaman di mana saya bakal merindui zaman bersama kawan - kawan ni haa .. 

Kami di  Johor . Wedding K.Yati 

Konvo kakak ku sayang . Kak Alia 

Malam Pra Graduan . Ini geng 2 kereta . =)
Yeahhh .. peliks or not , we will go to the era . sighhhhh ~~
p/s: bakal merindui zaman ini . =)


++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Sunday, May 8, 2011

speechless~~

salam and greetings to all..
Is today is Mother's day??
Happy Mother's Day to my lovely mum.. Umi.. I wish Umi read this.

Today, yesterday.. a day  before yesterday.. almost all my Facebook friends changed their profile picture with their lovely mum.. only me (I guest) didn't to that, instead I changed it to a picture of my cute little cousin..
They said, it as a campaign.

Not changing the profile picture doesn't mean that I don't love my  Umi.. I love her very much. Nothing can change my love to her..
It's because picture of my  beloved Umi always in my heart.. so, I can see her wherever I go, whatever I do in every time every seconds..
Umi is a great person! 
Seriously I admit this.
She's the one I find if I'm facing with a problem..
even I'm tension in study, I will make a call to her..
Once I can hear her voice, I can feel that I get my spirit again.
Not only that, if I have something to share, I will tell her..

She even had cried for me! 
Once when I got 9A for my PMR 
that day will always in my memories.
She cried because she was happy..

and
many times she cried if I call her and told her that I can't solve the problems..
She told me to be strong and always remember Allah...
yes, she's  the one that always give advise like that..

Ok I'm speechless.. 
don't know what to say anymore..
last words..
Happy Mother's day, Happy Teacher's day.. and Happy Birthday to  Umi, Kamariah Bt Ismail..
all days are mother's days..
Love you forever and ever..

p/s: I already have  picture of my beloved Umi somewhere in this blog.
May is a month for Mom..especially Umi..
I hope I can make her cry for happiness when see my University result...
 throughout my life..
my mom had done so many things for me..

  ++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Friday, May 6, 2011

S09 KMKN...

salam and gretings to all..

Kisah Matrik di KMKN... 
Rindu zaman matrik la..
even just only one year there... 
lot of memories created....

for the beginning of semester...  25 members of us.. s09

5 handsome boys???


last-last s09 jd power of girls... (lepas balik dari rumah mentor... best sgt..)

p/s: kenangan terindah...sangat indah di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Thursday, May 5, 2011

ADAM..~~

salam n greetings to all..
sem 4 dah berakhir.. dengan tamatnya masa menjawab paper last semalam.. alhamdulillah...
dan saye??? masih lagi di sini, di Kolej Melati terchenta ini...
entah bila la nak balik... huhu.. tak tau lagi.. 
ada misi yang perlu diselesaikan.. (kang tiket xde, mati eden... )

makanya, bermula la penantian untuk ke alam praktikal hujung Mei nanti... 
(kena datang sini balik.. oh, Semenyih! wait for me...)
insyaAllah blh.. yes I can! positivekan diri anda...

xde kaitan dengan tajuk entry..
ok ok.. back to normal...

kenapa Adam?? siapa Adam?? surprise...~~
ni la adam..


tetibe je post pasal Adam... haha... 
dulu minat gak la kat Adam ni...
salah seorang dari Akademi Fantasia 2 (AF2)
agak fanatik la jugak.. 
sekarang??  kurang sikit.. haha..
kenapa minat kat Adam?? entah, saya pn xtahu..
ha ha xtahu.. apa kau dah buat padaku.. ha ha xtahu...
(tetibe keluar lagu xtahu..)

boleh dikatakan dulu, memang suka cari semua pasal adam ni... hehe..
bila dah semakin meningkat usia, entah la, minat macam tu je..
semalam dengar suara Adam kat radio... 
tu la sebab kenapa ter'post' pasal adam ni tetibe.. 

sebab teringat dulu sangat fanatik dengan Adam Af2 nie..
siap belajar buat bandangan Adam tu... hehe.. mengarut betul la..
Adam yang minat warna merah putih hitam...
lagu xtahu tu best, sebab dia punyer teknologi tu yang best sebenarnya... hehe..



p/s: mesti tergelak sorang-sorang bila ingat balik zaman dulu dulu..
rindu zaman kanak-kanak ribena..~~
++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Sunday, May 1, 2011

Shah Alam..PuTraJaya... SeMeNyih.. Kuala LuMpur.. Kepong.. Shah Alam.~~

salam and greetings to all...

semalam punyer cter.. p Putrajaya.. kenduri kawen kawan Kak Darma.. hehe.. agak sesat mencari Precint 2.. hee..
tp, last2 jumpe jugak.. atas ketereran Kak Nisa.. boleh makan nasi minyak semalam.. 
kat sini la majlis tu.. masuk dewan JPN tu..

dan seharian jugak la keluar semalam.. alang2 dah sampai Putrajaya, Sya ajak p beli Roti John.. katanya roti john tu sedapp... hehe
kenangan terindah di situ...
kami: jom beli air.. mcm sedap..
pak cik: beli2... hehe(ayat sendiri.)
Ptah: ala.. mcm banyak sangat.. nanti xabes..
Sya: xpe, perjalanan kita masih jauh...
....end..
yang manisnya kenangan nie bila pak cik kat kedai tu asyik ulang2 'perjalanan kita masih jauh.. kita nak ke amarika nie.. jauhnya perjalan kita... and sewaktu dengannya...'
bantai gelak je kiteorang.. ~~

dan,.. yang paling penting, semua pakai baju kurung, kurung moden, kebaya dan sewaktu dengannya... TERBAIK la..!! hehe..dah macam gadis melayu terakhir je..
(jumpa cosplay kat Putrajaya...)
jumpa orang lebih kurang mcm ni kat putrajaya.. (sekadar gambar hiasan. Pak cik google bagi)
kakak, pinjam gambar.. klik sini



Lepas tu, p Michell  Nankai Worsted Spinning. kilang yang akan saya dan K.Darma n Fatin praktikal nanti..
nankai Worsted Spinning (M) Sdn. Bhd. (lepas di google, ni je yang jumpa)
 besarnya kilang tu... xsangka dapat melawat siap dapat masuk ofis jumpa orang kuat kat situ, siap macam2 lagi la... actually, kilang tu la tempat kak Nisa praktikal dulu.. so, kak Nisa mmg dah familiar la dengan kilang tu... advance utk kami.. hehehe..agak lama disitu.. mcm2 yang di perdebatkan.. pastu, siap p rumah yang pekerja2 tu tinggal lagi..
honestly, rumah tu bg saya ok. just sedikit sepah je la... tapi takut la.. sebab sekeliling tempat tu ramai sangat INDIA.. maa.. saye takut dengan mereka.. xtau la kenapa.. huhu.. macam seram la tgk mereka.. huhu...
ni la yang mencuakkan sebenarnya...or maybe sebab xbiasa lagi.. huhu..
harap-harapnya boleh sesuaikan diri nanti.. InsyaAllah.. ~~
dah le pegi kt 'asrama' tu naik kete Myvi Abg Wan (salah sorang orang pangkat tinggi kat Nankai tu.).. kete Viva yang disewa khas di parking kt dlm kawasan kilang.. terbaik sangat2 la kiteorng ni..
..end...

pastu hantar Sya balik kepong.. unfortunately, silap masuk jalan.. maka terpaksala masuk KL dulu b4 pusing 
Kuala Lumpur nightview.. kawaii...(pak cik google bagi)
p Kepong balik... mencabar minda sungguh. time tu dah pukul 9.00 p.m lebih2...(xpasal2 dapat menikamti pemandangan indah KL di waktu malam.. mcm la xpernah kan??)
dan.. dalam pukul 10 lebih, sampai la kawasan rumah Sya.. agak laju K.Nisa bawak kete...!!
Then, disebabkan kete kena hantar malam tu jugak, makanya dengan lajunya kami pecut untuk balik Melati...
dan.. memang sangat2 terbaik, dapat sampai melati lebih kurang jam 11.15p.m.. kot.. ke awal lagi xingat.. 
tp, seriously, memang sangat laju sebab nak kejar masa n takut xblh masuk Melati dah.. 
xpernah saya naik kete selaju itu.. erkk.. ke x?? xingatla.. tp, seingat saya, mmg tak la.. 
=P
at the end.. Alhamdulillah.. selamat sampai.. even sangat2 berdebar...!! 
..end...

p/s: takutnya nak praktikal nanti.. cuak pun ade.. jauh sangat2 dari rumah nie...
mcm comel je mashimaro nie.. 

  ++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Friday, February 25, 2011

ce cite ce cite

salam alaik....
22 Feb 2011, PRK di UiTM.. mcm2 gaya calon2 menarik undi.... lantaklah.. saye xkenal sgt pn ngn calon2 tu, beberape org je yg saye knl.. tu pn sbb pernah jd PM  MDS.. knl la jgk org2 luo.. hehe... yg paling xsangka2, member 1 MMP, 1KMKN n now 1UiTM bertanding jgk... n sekarang dh jd MPP.. huhu.. ganaz2... xtersangka btol... TAHNIAH Nisa... hehe...

actually, PRK di UiTM xde la sekencang di U lain... UKM, UM, UPM, USM, UMK etc...  blh dikatakan semua U ade pro-M la, pro-Aspirasi la... xreti saye nk cite.. sbb xtau pape... hmm.. rase cm rugi pn ade.. xdpt nk rase suasana cm btol2 PRU... hehe... dh le ramai memember dr skolah menengah dlu yg masuk bertanding... hmmm....
ntah pape la.....

hehe... dh dh.. saye pn xtau ape main function entry nie...
tgh tgk cite Hantu Kak Limah Balik Rumah.. ntah pape la cite tu... ce cite ce cite... ntah le yob..

masuk tajuk lain la.... skrg musim test, prersentation, projek tu projek nie.. lab tu lab nie... ades,.. makin mencabar nie... huhu...
tp, ntah le, rase cm xde improvement je... mmg perlukan improvement.. hmm... 
ok la... stop je la...

p/s: pesanan utk diri sendiri... buat yang terbaik!! 
sekian... (^_^)

 ++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Tuesday, February 8, 2011

bila tension sgt... !!

salam alaik...

o-genki desu ka... hopefully the answer is genki desu...  rase mcm dh lama x story2 kat sini... sawang2 pn dh bertambah agaknya... hehehe...
actually, skrg nie  baru start kelas blk after chinese new year + mid sem holiday... seminggu blk rumah... best3...
smpai skrg rase mcm nk duduk kt rumah je.... ish, ape la... xblh2...

xde kaitan ngn tajuk... ok2.. start over...

start2 je kelas, terasa byk sgt tekanan... tekanan,.. tekanan... n tekanan lg.... TENSION-TENSION...  dh perangai saye nie, xsuka luahkan... simpan.. simpan... n simpan.... last2,tunggang terbalik, haru biru.. mcm tongkang pecah.. (ye ke??)... haha... baru start kelas sehari, dh mcm2.... hmmm...

tp, last2 saye citer jgk kt seseorg... xperlu mention kot.. 'dia' xdela special sgt.. so, xperlu mention... tp, xciter overall pn, but then, rase cm btol2 release... lega la jgk...  sms je pn... xde la call.. segan2... hahahahaha.... n the words 'dia' bg, make me feel like saye ni dihargai.. eventhough saye rase mcm saye menyusahkan.. SORRY AWAK.....
saye selalu menyusahkan... hopefully awak xmarah saye... hehe...
the words which make me feel so release,

companionship
safety 
& 
love... 
someone to take your pain away.....

thanks awak... hehe...
saye suke, bila saye ade seseorang yang blh jd crying shoulder saye...
ape la... dh mengarut.. ok2..
S.T.O.P
saye 
H.A.P.P.Y
Xtension dh...
hehe...
F.U.L.L. S.T.O.P
(^_^)

++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Tuesday, November 9, 2010

edit-edit dan edit lg....

salam...
edit gambar.. hehe..
keje baru, ble dpt software photoscape..
saye suka edit gmbar!!..
baru je edit 2 gambar..

best2..!! (padahal org lain dh khatam dh,...dh selalu mengedit gmbr...)
hehe.. peduli hape aku!!
sebelum nie dh selalu edit, tp, gne photoshop or Picasa..
kali ni gne photoscape pulak..

biarla  org kate x up to date pn..
pduli hape.. hehe..

nk tgk gmbr tu??
scroll ke bawah...
rasenye ni la yg plg comel.. hehe

edit...

p/s: xde idea sbnrnye.... tetibe je terluah dgn sendirinya.... hehe but, i like!!.. =)

++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Friday, November 5, 2010

hari ini...

Salam....
hari ini 5nov 2010, hari Deepavali..
hepi deepavali..
............................................................................................

err,.. 7 nov exam maths lak... saya sgt takut!!!
hari nie, saya nk study!!

p/s: smlm dh bergumbira kt Pizza Hut n Laman Grill..
hepi belated bday PTAH a.k.a Syafiqah Azahar... 
time saye wish bday kt ptah!

saya pn tacing ble Ptah ckp cm tu...
&&&&&&&&&&&&&&&
++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Thursday, October 28, 2010

Saya Rindu Awak....

Bismillahirrahmanirrahim.

                                       Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

                                             Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.


                                                  Sahabatku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.

&& Saya Sayang Awak &&
++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Saturday, October 16, 2010

seManGat Baru..

salam n greetings to all.....
hanya tinggal beberapa minggu lg b4 final.... (mengeluh) mcm mana ni?? risaunya.. revision2.. gambatte kudasai... video nihongo dh hntr kt sensei.. tp, lewat sehari dr tarikh asal.. hopefully sensei xpotong markah kami.. huhu.. 1st experient buat video, edit, masuk lagu segala bagai... tp, sgt puashati ngn video yg dihasilkan.. hehehe... omedeto (ye ke?) hehehehe... knape puashati?? sbb group kami sendiri yg buat, xde pertolongan dr org lain... lbh kurg macam hasil usaha sendiri la... hehehe...

xdpt dilupakan, aksi2 kami masa ckp kat sensei yg kami xdpt hntr lg video tu... huhuhu... byk sgt halangan sepanjang penghasilan video tu.. rasa cm nk nangis pn ade.. eh, dh nangis pn... huhu....arigato gozaimasu sensei.. byk sgt tolong kami..

pape pn, video nihongo1 dh lepas.. gambatte for the next semester... hehe...
sekian.....
p/s: cter semai simoi xdisambung lagi... hmmm bla nk smbung ni ek?? huhu
++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Friday, September 3, 2010

a long journey....

Salam....
tadaima!!! hehe... a long journey to my home...

haha.. citenye bermula seawal jam 7 ptg 2 sept 2010.. ala2 movie lak.. i like.. xdpt  dilupakan saat berlari2 mendaptkan teksi untuk pegi ke S17.. huhuhu.. dlm kul 7 lbh baru blh naik teksi Abg Raju.. hehe

berbuka dlm teksi la plak.. ok2.. allahummalakasumtu wabika amantu wa'ala rizkika afthortu birahmatika ya Ar hamarrahimin... bismillah... minum la air mangga n makan wedges Puan Rozaida.. hehe.. yum3.. syukur...

dalam kul 7.40 sampai ke S17, smyng Maghrib di sana. mak oi! ramai gler manusia kt Surau.. dh la tmpat ambk air smbhyg 1 je.. kna beratur pnjg.. 
ok2 smyg dh selesai.. jamak pn dah.. cari bas lak...

first time naik Trans, xreti nk cri cm ne.. nasib baik ada pak cik baik hati, tlg tunjukkan jalan..  akhirnya jumpa la bas tu... amk oi! bas Double decker rupanya, patutla kt tiket tu tulis SKYVIEW seat 4C.. huhu... 
Trans pnyer bas sikit punyer sempit daa... Mutiara luas sikit la.. tp, pape pn, syukur dpt naik bas.. hehe..
ok2 journey begin.. ade music : glemmmm3... (apakah??)

Bas dh start jalan.. dlm 8.30 mlm.. tgk jam kt bas 1.07 pg.. apakah?? haha.. ape daa..
lantak la.. pape pn.. ho ho ho balik kampung.. hati girang... ho ho ho...
eh, bas ni lalu  dkt I-City la... walawei.. lawanya.. bercahaya gitu.. huhu.. (nama je dok dkt, I-city xpenah2 sampai jgk.. dpt tgk smlm.. lawa sgt.. ) hehe.. xpela.. dpt gak tgk rupa I-city.. xpe2,.. nti nk g jgk jln2 kt sana.. hehe..

Tetibe, eh?? asal bas ni xgerak2?? Ya Allah! jam rupanya.. Hentian Putra pn jam ke?? hmm... (pkir2..).. owh.. patutla, dh ramai yg nak balik, sume pakat berebut bas... hahaha...
ok sume, hati2 naik bas, kang terjatuh, xdpt blk beraya... hehe...
tdola.. best gak...
akhirnya, keluar jgk dr Hentian Putra tu.. fuh! lega...
cptla... cptla.. dh xsabar blk rumah nie...

Eh, nape bas ni stop lagi?? ade prob apa lak ni?? npe ngn budak ni?? kalut semacam je... haish, melambatkan perjalanan pulang je la... ape daa... tertinggal pape ke dik?? huhu... cptla... dh lenguh ni!! 
lama nye pak cik bas ni stop, hmm... main rubic cube ka dlu... dh la org sblh cm xmesra je.. hehe (me too)..
agak2 dlm stengah jam barula bas bergerak... huhu... lamanya....

yes!!! kegembiraan di teruskan lagi... exited2.. 
tgk org sblh... eh, dh tdo?? huhu... letih gamaknya.. hmm... nk buat ape yea.. hmmm... hmmm... opocot! terkezut den.. astagfirullah... adik ada msg upanya.. layan  je la.. 2-3 kali msg, ngantok lak... papai org  antar msg.. eden nk tdo... haha..

punye sdap tdo, sedar2 bas dh berhenti, tgk jam pkul 2... owh.. pak cik bas nk rehat rupanya.. makan2 sikit... xpela, malas nk trun... stay je la... tgk org sebelah, tdo lagi.. aisey... 1 minit kmudian, org sebelah bergerak2... maybe dlm kepala dia: "pak cik ni dah berhenti rehat ke?? xgtaw aku pn... nk trun la.. cari pape mknn, blh gak alas perut..." me?? mls la nk trun...

lambat la plak pak cik nie... dh pkul 3 nie... cptla gerak... bas sblh dah gerak lama dh... pak cik, o pak cik, cepatla gerak... huhu...
n yes!! pak cik dh sampai... yea yea... bas dh nk gerak....
nk buat ape ye?? tdo la... bkn blh buat pape pn, gelap gulita nie....

kelam pemandangan sebentar,.. sehingga terkejut ngn kehadiran msg. sape antar msg ni?? eh, encik abah rupanya.. tanya di mana skrg?? aisey, kat mana ni?? tgk2 cari2... mana signboard ni?? asal gelap pekat semacam nie?? tgk jam 4.45 pg.. aisey.. dh dkt kul 5 rupanya... 
stlh bertungkus lumus mencari... laa... baru masuk area kuala krai upanya... gtaw la kt encik abah,.. dpt reply, lg 1 jam lbh, smopai la KB... stlh di congak2.. 1 jam lbh.. pkul 6 jgk la jwbnye,.. huhu... nk bersahur nagn ape ni?? air mineral je de.. mknn xde.. huhu... lapo2..

pnjgnye entry... sepanjang perjalanan blk... ok la.. dipendekkan cerita, akhirnya selamat jgk sampai ke kampung halaman... love my hometown hehe...
tepat jam 6.17 pagi, dgn bangganya, aku turun dr bas... hehe

lg sminggu nk raye, nk wish, 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

MAAF ZAHIR dan BATIN..
hati2 di jalan RAYA...


++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Monday, June 21, 2010

HuHu.. =(

Salam..
hmm.... 
...................................................
huhuhuhu.......................
susahnyer!! .......................
xtau nk bt cm ne.............................
sgt2 susah........................................
need motivation ................................
huhuhhuuuhuu...................

i'm not myself anymore..................................
terasa sgt jauh.....................................
terasa sgt kosong.....................................
rindukan kenangan dulu.................................
terasa sgt berbeza......................................
d(~_~)b

terasa di awang-awangan...............................
tiada perasaan gembira...................
enjoy jauh sekali.................................
terasa seperti kepura-puraan.............................
seakan-akan hampir lemas.................................
i need somebody help....................................
PLEASE!! SOMEONE HELP ME!!
but who???

kesepian..............
keseorangan........................
kesunyian...............................
kehampaan................
kesusahan..........................
ketidaksefahaman............................
kesedihan melampau.................................
huhuhuhhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu..................... 
:(( .................

huhu.....

 ++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Monday, September 7, 2009

MaahaDiaN..5Sc 2..
















it’s true that, a secondary school is the most memorable in this live.. secondary school teach us to be what are we right now.. 5 years experience teach us everything.. so am I.. really-really miss the secondary time.. huhu.. a lot of memory was created..
reunion of 5Sc2 batch 07.. was made a day after SPM exam.. two years ago, but still fresh in my memories.. I miss u all so much.. huhu.. lots of things happen, make our friendship forever.. Fariehan and Hazimah, two dedicated class monitor and assistant monitor, always cooperate to make 5Sc2 on the top of rank.. even though we are not as special as 5Sc1. We stick together from 4Sc 2 until end of year at 5Sc 2..
Radhiyah, Maryam, Atikah, Athirah, Kak Amalina, Kak Najwa, Hamizah, Raihan, Kak Nuha, Syifa’ Syazana, syafiah, Kak Su, Taz, Cheer, Izat, Kak farhah, Khalisah, Fie, Hapsah, Nor Aisyah, Yati, Syida, Bibi, Hayatul,faz, syakirah, Fuzah, Abdah,Arijan, Siti Aisyah..
Always in my heart..
As we go on.. we remember.. all the time that we had together.. as our life change, comes whatever, we still be friends forever..

15 Ramadhan.. In MeMoRy..

akilah



Insyirah


Angah


Along

15 Ramadan
the date remind me of someone, my late uncle.. he’s died because of an accident in front of his stall. This tragic accident happened last year. Huhu.. unfortunately, I was studying at the matriculation level and have no way to go home..
on that day, I was on my way to the chemistry lecture when my sister call me from home and told me that my uncle had died, because of an accident. When I heard that, I have no feeling at all… I still can say that’s not true. She lied to me.. I can’t accept to what she had told me.. I’m not believe that!! But, when she suddenly cried and told me again, I can feel something came out from my eyes.. I start to cry.. I can feel that she told the truth.. she’s strong than me, she said to me to pray to Allah and not crying a lot.. also, be patient to what was just happen.. after that, I have nothing to do.. in my mind, I just think about one thing, is that true what my sis told me just now?? Although I think I can accept that bad news, I still in shock and hope time will reverse back.. I want to thought that it just only a nightmare… my uncle still alive.. my sis had only make a fool joke for me..
suddenly I came back to reality.. we are only a travel who just stop at this earth for a while.. our journey still long.. anytime, anywhere, we will meet our creator, we just only wait for the time..
after that, I just go to the class, but without any feeling to study anymore.. in the lecture hall, once again, I got a call, that from my dad, just to tell me the same news.. huhuhu.. I start to cry again.. and seriously, I can’t concentrate to what on the lecturer taught that day..
at the evening, I call my mom, and ask her what actually happened.. she told me that my late uncle had collided with a lorry when he want to cross the road, after Zuhur prayer.. it occurred in a few second, no one realize that, but, it sound like something had collide with that lorry. So, one of the villager take a look under the lorry and saw someone under the lorry with a serious injury. All the villagers cooperate to move out the victim, and they shock when they saw the victim was my late uncle.. because of my grandmother’s house near to the accident place, they called my grandmother and she quickly go to that place.. at that time, my brother also on his way to my grandmother’s house, but he don’t know what happen, he just saw many people there. He expert that there were a road accident there, and quickly go there.. he also shock when saw the victim.. quickly, with the help of the villagers, my late uncle had been send to the hospital.. at that time he was unconscious, but still alive..
fortunately, my dad still in his working time and as he works at that hospital, he control and follow up everything.., when my late uncle reached the hospital and at the emergency zone, he was given all the treatment, for awhile he showed the positive result, all happy with the result.. suddenly, he turns to unconscious.. the doctor try to save him, but, Allah love him more.. he aren’t be save by the doctor..
pity of his child, my late uncle had five children. The youngest is only 14 months old. When her father passed away, she was only 2 months.. huhuhu.. 2 of his child, Along and Angah now live with my family.. what can I say here is, we don’t know how long we will live and breadth with this fresh environment.. thank to God for all the things we get today..

Al-Fatihah for the late Mohd Susi Bin Ismail, a great, patient, and kind-hearted uncle..

Tuesday, September 1, 2009

love u.. umi..





salam and greetings to all..


1st september 2009..

time move slowly.. miss my family so much..
i juz wanna to back my hometown....
i miz my mom's cooking to break my fasting....
i juz think if my mom prepare my baju raya or not for me???
i hope she already prepare it...
if not....

huhu.. i don't know what to do..

huhuhuhuhu