♥SaRaNghaEy0 ♥ Headline Animator

Monday, March 26, 2012

Ujian Itu ..

Salam and greetings to all .

Lama sudah saya tidak berhikayat di sini . Bukan apa , masa yang tidak mengizinkan , tambahan lagi , internet connection tak berapa nak connect sangat . Ini bukan blogger sejati namanya .
Sudah 3 minggu berlalu semenjak bukanya semester baru di UiTM ni and this is my last semester here . InsyaAllah if Allah will . Jadual kelas sangat padat (padat ke?) . Hari-hari ada kelas . Biasa la tu ... Nama pun student kan ? 


Back to the topic . 3 minggu belajar , 2 minggu saya tak berapa nak sihat . Batuk + selsema . kadang-kadang badan terasa nak demam .  yes ! sangat terbaik. Oppssss.... !! Itu ujian namanya . Ujian supaya sentiasa mensyukuri nikmat sihat . SIHAT , satu anugerah Allah yang sangat tak ternilai . Namun , yang selalu terjadi , apabila sihat , Pencipta yang memberi nikmat sihat akan di lupakan . Bila sakit , Pencipta yang Maha Agung la yang dicari . Ya ! itulah yang selalunya berlaku .

Sebenarnya , sakit itu petanda yang Allah Maha Penyayang . Allah ingin menguji hambaNYA supaya sentiasa mengingati Nya . Think positive . Bila sakit , sebenarnya , dosa-dosa kecil akan dihapuskan , walaupun sedikit nikmat di tarik balik . Yes ! I talk about nikmat sihat! Syukurlah .. syukurlah walau kita di uji dengan kesakitan . Kerana dengan kesakitan , dosa - dosa kita juga di hapuskan . Betapa Maha Penyayangnya DIA Yang Maha Agung . 

Kesimpulannya, besyukurlah dengan setiap apa yang di kurniakan . Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya . Bersyukurlah dengan ujian yang diberikan .

"Kadang-kadang Allah hilangkan mentari, Dia datangkan kilat dan guruh, puas kita menangis bertanya mana perginya matahari, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi."

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

p/s: sakit .. tapi tak reti-reti nak makan ubat . *sigh* 


  ++~ gambatte!!~++ ♥♥♥

Wednesday, January 4, 2012

penanda buku + kalendar 2012 KFCM

salam and greetings to all .

tetibe hari ni nk update blog . sebab ?? terbaca satu blog ni . ada contest di situ . 
contest nya ialah :

Saya ingin mendapatkan Kalendar The Red Warriors 2012+Penanda Buku Khairul Fahmi dari BLOG FakhruddinAziz.com kerana...

saya suka dengan gaya permainan Khairul Fahmi Che Mat. kecekapan beliau menangkis dan menangkap bola sangat saya kagumi. Beliau merupakan idola saya untuk berusaha dengan lebih kuat, walaupun berlainan bidang  dan padang. saya suka gunakan semangat yang  beliau tunjukkan ketika menghadapi setiap kesukaran.

Malaysia Boleh !!

itu sahaja slogan saya .
sekian .

p/s: study hard study smart. InsyaAllah kejayaan dalam genggaman . 

++~ gambatte!!~++ ♥♥♥