Assalamualaikum ...
Selamat Kembali ke Sekolah buat para Pelajar.
Adab-adab Menuntut Ilmu :
1. Niat yang ikhlas
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
2. Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah bekata, "Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu".
3. Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata, "Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan".
4. Tulis setiap yang dipelajari
Abu Hurairah berkata, "Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis." [HR Ahmad dan Baihaqi]
5. Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata, "Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya".
6. Menjauhi dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata, "Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal".
7. Tidur yang sedikit
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)" [Az Zariyat 51:15–18].
8. Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]
++~ gambatte!!~++ ♥♥♥